Wednesday, 15 August 2012

Sekali Lagi...


kehidupan umpama roda.kita tidak semestinya berada di atas,tiba masanya,kita akan berada di bawah.tapi,adakah kita akan bertahan saat kita berada di bawah?
tiada siapa pun di dunia ini yang mahukan kegagalan.semuanya inginkan kejayaan.tapi,kita tidak dapat mengatur perjalanan hidup kita sendiri.segalanya telah ditentukan.kita sebagai hamba perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.
namun...
adakalanya saat kita ditimpa kegagalan,kita persoalkan.kenapa mesti aku yang gagal?kenapa bukan orang lain?kenapa aku tetap gagal walaupun aku sudah mencuba yang terbaik?kenapa...kenapa dan kenapa...terlalu banyak kenapa.
hakikatnya...
setiap kegagalan yang kita hadapi adalah dugaan Allah untuk melihat sejauh mana kita tetap bersabar.adakah kita akan terus berputus asa tanpa cuba untuk bangun semula?tidak...bukan itu yang sepatutnya kita lakukan.menyerah bukan cara yang terbaik.tapi,bercakap itu mudah bukan.melakukannya???
hati...akan tetap punya rasa sedih saat kita gagal.mungkin untuk kegagalan yang pertama kali,kita mampu untuk bertahan.tapi,andai itu bukan yang pertama,adakah hati akan kuat untuk bertahan???bukan semudah itu.
cuma...
jangan diikut kehendak hati,kerana kelak binasa diri.bersedih itu berpada-pada.jangan sampai lupa pada-Nya.ujian Allah tidak akan diberi pada hamba yang tidak mampu untuk menanggungnya.
sabarlah wahai hatiku...Allah sedang mengujimu

Tuesday, 10 July 2012

Tiada Kami atau Anda, Cuma Kita...

aku bukanlah seorang penulis yang handal dalam pena tulisan,dan kerana itulah entri kali ini juga aku hanya copy n paste dari satu laman web.harapanku semoga apa yang bakal aku kongsikan pada entri kali ini membuka mata insan-insan di luar sana,yang hanya tahu menghukum tanpa mengetahui hakikat sebenar.jangan hanya melihat keburukan seseorang dan terus menghukumnya.tahukah kalian,mereka itu sebenarnya sedang berusaha untuk berubah?tapi,kalian?terus-terusan membutakan mata kalian dari melihat usaha mereka itu.bukan niat aku untuk memburukkan sesiapa,tapi ini sekadar perkongsian dariku.kerana sesungguhnya kita semua tidaklah sempurna,tidak terlepas dari kekhilafan,kerana kesempurnaan yang hakiki itu hanyalah milik Allah.kepada penulis asal artikel ini,terima kasih atas artikel ini.walau di manapun anda berada,semoga anda sentiasa dalam rahmat Allah dan mampu menulis artikel-artikel yang lebih bermanfaat pada masa akan datang dan dapat dikongsi untuk kesejahteraan bersama,insya'Allah..

Tiada Kami atau Anda,Cuma Kita...




Kami tewas. Orang ketiga yang patut dipersalahkan, bukan kami! Kami cuma manusia, kami punya nafsu, dan nafsu itu fitrah. Jadi mengapa salahkan kami?"
Allah telah jadikan manusia penuh dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Kami juga punya hati! Kami ingin rasa dicintai. Kami ingin rasa mencintai orang lain, jadi mengapa salahkan kami?
Kami tahu ini salah. Apa anda semua ingat kami tak terpelajar? Kami tak punya ilmu agama? Bila anda tahu dua, tiga hadis dan hafal beberapa potong ayat Quran, anda lebih baik dari kami?
Memang kami menurut nafsu. Memang kami pelaku maksiat. Memang kami jatuh dan hanyut dalam arus dunia. Ya, kamilah yang Allah telah janjikan neraka jahannam kelak, tapi anda yang bersalah.
Anda, yang dikatakan penyebar dakwah dan tarbiyah Islam, yang patut dipersalahkan.
Anda tahukah perasaan kami dilamun cinta?
Sayang dan kasih kami kepada buah hati kami jauh lebih daripada cinta anda kepada Allah. Jadi anda ingin kami berubah?
Kami menangis bila merindui pasangan kami. Anda pula, pernahkah menangis kerana rindukan Rasulullah? Pernahkah menangis kerana takutkan Allah?
Kami meluangkan masa tanpa sebarang had bersama-sama. Kami mampu bercakap di telefon bimbit berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan. Anda? Berapa lama masa anda luangkan untuk beribadat? Berapa lama anda luangkan untuk baca Al-Quran?
Dan masih, anda salahkan kami.
Kami hanyut dibuai cinta dunia. Kami terlontar jauh di birai dunia tarbiyah dan dakwah anda. Anda biarkan kami! Kami inginkan contoh! Bukannya nasihat yang berbondong-bondong! Bagaimana anda ingin tunjukkan betapa agungnya cinta Khaliq berbanding cinta kami kepada kekasih hati kami?
Bila kami terlupa, anda biarkan kami. Anda marahi kami. Anda kasari kami dengan kehebatan anda berkata-kata. Anda lupa, kami juga manusia. Adakah anda tak pernah berdosa? Di mana nasihat-nasihat berhikmah yang Rasulullah telah sarankan?
Anda membenci kami kerana kami berdosa yang terang-terangan. Kenapa tidak anda tarik tangan kami dan tunjukkan kami kesilapan kami? Kenapa benci kepada pelaku dosa, dan bukan dosa itu sendiri?


Anda kata anda terpelihara. Anda kata anda dilindungi Allah. Tapi kami, saudara seagama anda, anda biarkan! Anda tak mencegah, apa lagi menghalang! Memang ada diantara anda yang cuba mengingatkan, tapi dengan kata-kata kasar? Inikah dai'e yang memartabatkan Islam?
Kami sedar kami berdosa. Dan kami ingin berubah. Kami ingin kembali ke jalan yang diredhai Allah. Tetapi kami takut dengan apa yang orang akan bicarakan tentang kami. Kami kotor. Kami penuh dengan dosa. Bila kami kembali kepada Islam anda ragui kami. Anda bercakap tentang kami. Bukankah sokongan anda yang kami perlukan? Tapi anda terus pesimis.
Kami cekalkan hati. Kami ingin mencari cinta hakiki. Kami ingin berubah. Kami ingin menjadi sebaik anda. Tapi kerana sikap anda kami gagal. Kami terus sesat, terus hanyut.
Siapa yang harus dipersalah? Kamikah yang bersalah? atau... 
Aduhai dai'e agama  Allah, laksanakanlah tugas tarbiyah dan dakwah penuh ikhlas dan berhikmah. Pasakkan rasa rendah diri dalam hati, tunjukkan contoh yang hebat. Bertuturlah penuh kasih sayang, kuatkan iman dengan menahan marah. Penzina, pembunuh atau perompak juga adalah manusia.
Pimpinlah kami sehikmah mungkin. Jelajahlah setiap latar belakang kami sebelum kata-kata pahit menyentuh sensiviti kami. Telah Allah jadikan manusia dengan fitrah sukakan benda-benda yang cantik. Cantikkanlah akhlakmu. Indahkanlah bicaramu. Agar kami mudah tertarik dengan apa yang disampaikan kepada kami. Moga kami teruja mengikut jejakmu,  menjadi seindah akhlakmu semanis bicaramu.
Semoga Islam kembali megah dengan keindahannya yang hakiki.  Semoga istilah "kami" dan "anda" tiada lagi dan digantikan dengan "kita", umat Islam yang bersatu erat, bergantung kuat pada tali Allah S.W.T.
Biodata Penulis :
Mohd Syahmi Bin Yem, Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi di University at Buffalo, New York, USA.