Saturday 29 December 2012

22/12/2012...


Assalamualaikum w.b.t...
selawat dan salam keatas junjungan besar,Rasulallah s.a.w...
alhamdulillah,masih diberi nikmat kehidupan di dunia ini,terima kasih Allah...sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku ini...
setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan Allah,jodoh pertemuan,ajal maut,semuanya ketentuan Allah.tidak ada sesuatu yang akan berlaku melainkan semuanya atas kuasa-Nya.kita sebagai hamba hanya mampu menerima suratan yang telah tertulis dengan hati yang ikhlas dan redha...

tanggal 22/12/2012...
di pagi yang hening dan dingin,perginya dia bertemu penciptanya...
dia yang aku maksudkan adalah abah,dia bukan bapa kandungku,tapi seseorang yang aku telah anggap seperti ayahku sendiri...
luluh hatiku tatkala menerima berita pemergiannya.menitis air mataku laju tanpa bisa ku tahan...
Ya Allah,
adakah benar berita yang aku terima ini?Allah...sakit yang ku rasai kala itu hanya Allah sahaja yang tahu.
namun aku kuatkan langkahku,aku harus kuat menghadapi dugaan-Mu ini.
pagi itu,selepas diberitahu akan berita tersebut oleh 'abang',aku bersiap dan terus ke hospital.terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat aku yang sudi menghantarkan aku ke hospital pagi itu.mujur aku pulang sehari awal.bukan satu kebetulan,tapi ianya bagai satu petanda.seminggu aku di kolej,hatiku tidak tenang.jasadku di sini,tapi hatiku nun jauh di sana.rupanya itu petanda yang aku bakal kehilangan seseorang yang aku sayangi.setibanya aku di hospital,aku lihat emak sedang menangis.aku salami emak,aku peluknya erat.sekali lagi air mataku mengalir tanpa dapat aku tahan.terasa berat dugaan-Mu ketika itu Ya Allah...
kini...
sudah seminggu abah pergi.terlalu cepat masa berlalu...seakan baru semalam aku mengenali abah,berjumpanya.Ya Allah,sekejap benar Engkau meminjamkan abah kepadaku.belum puas aku mengenalinya.belum sempat aku menjadi anak dan berbakti kepadanya.kini Engkau sudah mengambilnya kembali.walau berat hatiku untuk menerima ketentuan-Mu ini,aku redha dan aku bersyukur Ya Allah kerana Engkau telah memberi aku peluang merasai kasih sayang abah walau hanya seketika...

Abah...
maafkan saya seandainya selama ini saya ada mengguris perasaan abah.maafkan saya tak sempat jadi anak yang baik buat abah.maafkan saya tak dapat jaga abah masa abah sakit.maafkan saya abah...walau kini kita berpisah,saya akan tetap menyayangi abah.abah akan tetap tersemat dalam hati saya,sampai bila-bila.insya'Allah saya akan berusaha dan lakukan yang terbaik untuk tunaikan hajat abah.

kini,hanya doa yang dapat aku kirimkan,semoga abah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,amin...

 AKU SAYANG ABAH...



Monday 10 September 2012

Maafkan Saya...


maafkan sye andai sye tidak cukup memahami... 
maafkan sye atas kelemahan diri...
maafkan sye sbb sye bkn yg sempurna...
maafkan sye utk semua yg sye lakukan...
maafkan sye...

awak...
sye cuba jd yg terbaik utk awk.sye cbe memahami diri awk.sye nk awk slalu hepi ble sye di sisi awk.
tp,sye bkn insan yg sempurna.sye insan biasa yg punya kelemahan diri.sye punya ego,yg kadangkala menguasai diri.sye punya emosi dan perasaan yg kadangkala sye xmampu utk mengawalnya.dan sbb tu jgk,sye xsedar yg p'buatan sye tu m'buatkan awk marah dan mnyesal.maafkan sye...

sye taw sye xckup memahami awk.kdg2 sye cepat trasa hati ngn awk,padahal bnda tu hal kecik je.ad masanya sye wt something tnpa fkirkn akibatnya.sye xfikir pe yg awk rse.sye hnya ikutkn perasaan sye semata-mata.sye teruk kn?maafkan sye...

tp,sye nk awk taw...

stiap kali sye call awk,tu bermakna sye terlalu rindu nk dgr suara awk.bkn niat sye utk m'gnggu keje awk.
stiap kali sye tnye dgn siapa awk keluar,tu bermakna sye xnk awk keluar dgn org yg salah.sye xnk diorg sakiti awk.bkn sbb sye nk kawal dgn siapa awk b'kawan.
stiap kali sye nk awk bgtaw sye ke mana awk nk pergi,tu bermakna sye nk pastikan yg awk sentiasa selamat.bkn utk kawal kebebasan awk.
stiap kali sye nk awk bgtaw sye yg awk dh smpai ke destinasi yg awk pergi,tu bermakna sye nk pastikan yg awk dh selamat smpai.sbb sye risawkn awk,hati sye xtenang selagi awk xbgtaw yg awk dh smpai.bkn sbb sye nk jge tepi kain awk.sye terlalu ambil berat sal awk.
stiap kali sye bgtaw awk yg sye cemburu,sye btul2 mksudkannya,sbb sye sygkn awk.sye xnk ad sesiapa ambil awk dri hdup sye.bkn b'mksud yg sye cemburu buta.
maafkan sye...

lastly,utk kesekalian kalinya,sye btol2 minx maaf ats apa yg sye dh lakukan pd awk.sye btol2 mnyesal. dan sye amat b'harap masih ad kemaafan dri awk utk sye.

maafkan sye...
maafkan sye...
maafkan sye awk...






Thursday 23 August 2012

Aidilfitri 2012

alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang bagiku untuk menyambut Syawal pada tahun ini.sesungguhnya aku bersyukur pada-Mu kerana masih diberi nikmat kehidupan di dunia-Mu yang fana ini,alhamdulillah...

Syawal kali ini aku sambut seperti tahun-tahun yang lepas,bersama-sama family besarku.yup,sangat seronok berkumpul beramai-ramai.meriah dengan gelak tawa,usik-mengusik dan senda gurauan.




ni la keluarga besar aku,ramai kan?bila dah kumpul,itu yang riuh-rendah rumah dibuatnya...



 kalau tadi family besar aku,ini pulak family kecil aku.ayah,mak n dua adik aku.
dua-dua adik,tapi dah macam abang n kakak aku je.




and last but not least,my little family.aku n hafiz.insya'Allah...

tiada apa yang lebih menggembirakan aku selain dapat bersama-sama family dan jgk dia.aku harap kegembiraan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat kami.insya'Allah...

sebenarnya ada banyak lagi detik-detik indah yang kami rakam bersama,tapi cukuplah sekadar ini yang mampu aku kongsikan.dan sempena Syawal yang mulia ini,aku menyusun sepuluh jari,memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan-perkataan aku yang menyinggung kalian.sesungguhnya aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

wassalam...

Wednesday 15 August 2012

Sekali Lagi...


kehidupan umpama roda.kita tidak semestinya berada di atas,tiba masanya,kita akan berada di bawah.tapi,adakah kita akan bertahan saat kita berada di bawah?
tiada siapa pun di dunia ini yang mahukan kegagalan.semuanya inginkan kejayaan.tapi,kita tidak dapat mengatur perjalanan hidup kita sendiri.segalanya telah ditentukan.kita sebagai hamba perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.
namun...
adakalanya saat kita ditimpa kegagalan,kita persoalkan.kenapa mesti aku yang gagal?kenapa bukan orang lain?kenapa aku tetap gagal walaupun aku sudah mencuba yang terbaik?kenapa...kenapa dan kenapa...terlalu banyak kenapa.
hakikatnya...
setiap kegagalan yang kita hadapi adalah dugaan Allah untuk melihat sejauh mana kita tetap bersabar.adakah kita akan terus berputus asa tanpa cuba untuk bangun semula?tidak...bukan itu yang sepatutnya kita lakukan.menyerah bukan cara yang terbaik.tapi,bercakap itu mudah bukan.melakukannya???
hati...akan tetap punya rasa sedih saat kita gagal.mungkin untuk kegagalan yang pertama kali,kita mampu untuk bertahan.tapi,andai itu bukan yang pertama,adakah hati akan kuat untuk bertahan???bukan semudah itu.
cuma...
jangan diikut kehendak hati,kerana kelak binasa diri.bersedih itu berpada-pada.jangan sampai lupa pada-Nya.ujian Allah tidak akan diberi pada hamba yang tidak mampu untuk menanggungnya.
sabarlah wahai hatiku...Allah sedang mengujimu

Tuesday 10 July 2012

Tiada Kami atau Anda, Cuma Kita...

aku bukanlah seorang penulis yang handal dalam pena tulisan,dan kerana itulah entri kali ini juga aku hanya copy n paste dari satu laman web.harapanku semoga apa yang bakal aku kongsikan pada entri kali ini membuka mata insan-insan di luar sana,yang hanya tahu menghukum tanpa mengetahui hakikat sebenar.jangan hanya melihat keburukan seseorang dan terus menghukumnya.tahukah kalian,mereka itu sebenarnya sedang berusaha untuk berubah?tapi,kalian?terus-terusan membutakan mata kalian dari melihat usaha mereka itu.bukan niat aku untuk memburukkan sesiapa,tapi ini sekadar perkongsian dariku.kerana sesungguhnya kita semua tidaklah sempurna,tidak terlepas dari kekhilafan,kerana kesempurnaan yang hakiki itu hanyalah milik Allah.kepada penulis asal artikel ini,terima kasih atas artikel ini.walau di manapun anda berada,semoga anda sentiasa dalam rahmat Allah dan mampu menulis artikel-artikel yang lebih bermanfaat pada masa akan datang dan dapat dikongsi untuk kesejahteraan bersama,insya'Allah..

Tiada Kami atau Anda,Cuma Kita...




Kami tewas. Orang ketiga yang patut dipersalahkan, bukan kami! Kami cuma manusia, kami punya nafsu, dan nafsu itu fitrah. Jadi mengapa salahkan kami?"
Allah telah jadikan manusia penuh dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Kami juga punya hati! Kami ingin rasa dicintai. Kami ingin rasa mencintai orang lain, jadi mengapa salahkan kami?
Kami tahu ini salah. Apa anda semua ingat kami tak terpelajar? Kami tak punya ilmu agama? Bila anda tahu dua, tiga hadis dan hafal beberapa potong ayat Quran, anda lebih baik dari kami?
Memang kami menurut nafsu. Memang kami pelaku maksiat. Memang kami jatuh dan hanyut dalam arus dunia. Ya, kamilah yang Allah telah janjikan neraka jahannam kelak, tapi anda yang bersalah.
Anda, yang dikatakan penyebar dakwah dan tarbiyah Islam, yang patut dipersalahkan.
Anda tahukah perasaan kami dilamun cinta?
Sayang dan kasih kami kepada buah hati kami jauh lebih daripada cinta anda kepada Allah. Jadi anda ingin kami berubah?
Kami menangis bila merindui pasangan kami. Anda pula, pernahkah menangis kerana rindukan Rasulullah? Pernahkah menangis kerana takutkan Allah?
Kami meluangkan masa tanpa sebarang had bersama-sama. Kami mampu bercakap di telefon bimbit berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan. Anda? Berapa lama masa anda luangkan untuk beribadat? Berapa lama anda luangkan untuk baca Al-Quran?
Dan masih, anda salahkan kami.
Kami hanyut dibuai cinta dunia. Kami terlontar jauh di birai dunia tarbiyah dan dakwah anda. Anda biarkan kami! Kami inginkan contoh! Bukannya nasihat yang berbondong-bondong! Bagaimana anda ingin tunjukkan betapa agungnya cinta Khaliq berbanding cinta kami kepada kekasih hati kami?
Bila kami terlupa, anda biarkan kami. Anda marahi kami. Anda kasari kami dengan kehebatan anda berkata-kata. Anda lupa, kami juga manusia. Adakah anda tak pernah berdosa? Di mana nasihat-nasihat berhikmah yang Rasulullah telah sarankan?
Anda membenci kami kerana kami berdosa yang terang-terangan. Kenapa tidak anda tarik tangan kami dan tunjukkan kami kesilapan kami? Kenapa benci kepada pelaku dosa, dan bukan dosa itu sendiri?


Anda kata anda terpelihara. Anda kata anda dilindungi Allah. Tapi kami, saudara seagama anda, anda biarkan! Anda tak mencegah, apa lagi menghalang! Memang ada diantara anda yang cuba mengingatkan, tapi dengan kata-kata kasar? Inikah dai'e yang memartabatkan Islam?
Kami sedar kami berdosa. Dan kami ingin berubah. Kami ingin kembali ke jalan yang diredhai Allah. Tetapi kami takut dengan apa yang orang akan bicarakan tentang kami. Kami kotor. Kami penuh dengan dosa. Bila kami kembali kepada Islam anda ragui kami. Anda bercakap tentang kami. Bukankah sokongan anda yang kami perlukan? Tapi anda terus pesimis.
Kami cekalkan hati. Kami ingin mencari cinta hakiki. Kami ingin berubah. Kami ingin menjadi sebaik anda. Tapi kerana sikap anda kami gagal. Kami terus sesat, terus hanyut.
Siapa yang harus dipersalah? Kamikah yang bersalah? atau... 
Aduhai dai'e agama  Allah, laksanakanlah tugas tarbiyah dan dakwah penuh ikhlas dan berhikmah. Pasakkan rasa rendah diri dalam hati, tunjukkan contoh yang hebat. Bertuturlah penuh kasih sayang, kuatkan iman dengan menahan marah. Penzina, pembunuh atau perompak juga adalah manusia.
Pimpinlah kami sehikmah mungkin. Jelajahlah setiap latar belakang kami sebelum kata-kata pahit menyentuh sensiviti kami. Telah Allah jadikan manusia dengan fitrah sukakan benda-benda yang cantik. Cantikkanlah akhlakmu. Indahkanlah bicaramu. Agar kami mudah tertarik dengan apa yang disampaikan kepada kami. Moga kami teruja mengikut jejakmu,  menjadi seindah akhlakmu semanis bicaramu.
Semoga Islam kembali megah dengan keindahannya yang hakiki.  Semoga istilah "kami" dan "anda" tiada lagi dan digantikan dengan "kita", umat Islam yang bersatu erat, bergantung kuat pada tali Allah S.W.T.
Biodata Penulis :
Mohd Syahmi Bin Yem, Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi di University at Buffalo, New York, USA.


Sunday 22 April 2012

Istimewanya HAWA...

salam pembuka bicara...alhamdulillah,msih diberikan nikmat iman dan Islam.entry kali ni ak nk kongsikn satu kisah yg ak t'baca dlm satu laman sosial.mngkin korg smua dh prnah bce kisah ni.walaupun hnya copy n paste,ak harap entry kali ni dpt m'beri manfaat pd kte smua,insya'Allah...







Mengapa Hawa Tercipta Masa Adam Tidur...?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam... tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

begitulah istimewanya seorg Hawa...walau sesakit manapun dia disakiti,dia tetap akn menyayangi...

Tuesday 3 April 2012

Untuk Bakal Imamku...


buat kamu,bakal zauji...
bkn kemewahan yg ak harapkan,bkn juga rupa paras kamu yg ak impikan.tp,keimananmu dan semangatmu yg ak dambakan.sentiasa menyokong ku saat semua tiada denganku.
ak mahu kamu mnjadi pendukung ku saat ak terjatuh,mnjadi sumber kekuatanku saat ak lemah.ak mahu kamu m'bimbingku agar kita sma2 mnuju syurga-Nya.
ak tahu,ak bkn sempurna utk m'dapatkan kamu.namun,besar harapanku agar kamu menerimaku dgn ikhlas seadanya. agar kamu bisa m'bimbingku mnjdi lbih baik.mnjadi lebih tabah dan kuat m'hadapi dugaan kehidupan.krn kamu sumber kekuatanku,slps kedua org tuaku dan keluargaku.kamu pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulallah s.a.w
insya'Allah...kita sma2 b'usaha mncapai redha-Nya.saling melengkapi agar sma2 mnjadi hamba-Nya yg bertakwa...amin
*Ya Allah,smoga doaku dimakbulkan.
smoga dia adalah bakal imamku disetiap solatku...insya'Allah*

Sunday 19 February 2012

Kisah Cuti ku...


entri kali ni ak nk share pristiwa manis time cuti mid sem ak yg lepas...pe yg manis sgt tu erk??
hehe...actually,my cousin kawin time cuti tu.so,kt sni ak nk share kisah cuti ak kt korg...

27/1/2012...tarikh p'nikahan kak siti ngn abg adib.alhamdulillah,sume b'jln lancar.1st time ak tgk mjlis p'nikahan live depan mata.t'haru ble tgk pak long serahkn kak siti pd abg adib...sorg ayah mnyerahkn anaknya utk dijaga oleh suami..syahdu je time tu.agaknya,mcm tu jgk kn time ak nikah t??msti ayah pown rse sme cm pak long rse...


abg adib saat melafazkn akad

 wajah gembira saat slps sah b'gelar isteri


kak siti malu2 ngn abg adib...hehe 


 ni time diorg amik pic kt pelamin...actually xb'sanding,just ske2 je..pe agknye yg pengapit ckp smpaikn pengantin snyum je...huhu

yg ni plak pic pengantin ngn adik2 kak siti (cousin2 ak la ni...hehe),except yg bju pink tu.yg tu kwn kak siti...comei kn diorg sume

esoknya,28/1/2012 mjlis resepsi kt umah kak siti...rmai sgt tetamu yg dtg,smpaikn pak long n mak long xsmpat nk duduk..huhu mmg meriah sgt2.mklumla,anak 1st yg kawin,mmg rmai la org dtg.btol x?hehe...







comei sgt...hehe abg adib klw ktawe,mmg sepet.xnmpk trus mata die... ^_^
pic ni time mkn damai...

haa...pic kt bwh ni sume pic outdoor.sgt sweet tgk kak siti n abg adib dlm pic2 ni...sama cantik,sama padan.mcm pinang dibelah2 la...hehe









hehe...ble tgk kak siti n abg adib,xsbr plak rsenye nk kawin...haha gatai btol erk?tp tula,diorg mmg sweet sgt2...
wt kak siti n abg adib,sakinah doakn smoga sntiasa bahagia...smpai jannah-Nya,insya'Allah.xlpe jgk,smoga cpt dpt baby yg comei2...hehe kite xsbr nk dukung baby kak siti n abg adib... ^_^

ok la,tu je yg ak nk share ngn korg kali ni.hope korg ske la ye..huhu smoga b'temu di entri yg akn dtg...
wslm


Monday 13 February 2012

Lensa ku...


bidikan seorang cikgu_ photographer...
1...2...3...gotcha!!! 






Saturday 4 February 2012

Cantik Itu Subjektif...


hye korg...lme x update blog ni.berhabuk sudah...haha em so far kali ni nk cter sal CANTIK.
ble kte ckp sal cantik,bnda prtama yg kte akn bygkn msti perempuan.btol x?mmg dh jd lumrah,perempuan = cantik.klw tnye kt sume org,msti diorg nk perempuan yg cantik utk jd pndmping diorg.spe je yg akn pilih yg hodoh?tp apa sbnrnye yg d maksudkn ngn cantiknya sorg perempuan tu?adkah dgn membuka aurat itu dikatakn cantik???
tidak....
pd pndgn ak,cantik tu subjektif.sbb pe ak ckp cmtu?sbb cantik d mata ssorg tu xsame ngn cantik d mata ssorg yg lain.mgkin ad yg kate,seksi tu cantik.pkai bju ketat2,dedah sne,dedah sini.bukak sne,bukak sni.pkai mekap tebal2.itu diorg kte cantik.ak xsalahkn diorg.btol jgk kn.mgkin itu yg dmksudkn ngn cantik pd pndgn diorg.
tp,korg rse la kn,cantik yg mcm tu kekal ke?muka yg cantik,ngn bntuk tubuh yg mnawan.kekal ke sume tu?x...sume tu xkekal.smpai mse muka yg licin gebu tu akn dihiasi dgn garis2 kedutan jgk.so,kekal ke muka yg cantik tu???
skrg,cuba korg bandingkn plak cantik muka tadi dgn cantiknye hati ssorg perempuan tu.b'beza kn?
klw hati ssorg tu dh cantik dri awal lg,insy'Allah smpai ble2 pown ia xkn b'ubah.muda,tua...xjd masalah.biarpun pnuh kedutan kt muka tu,tp ble hati kte baik,sume org ske.biar mke xcantik,tp hati kte cantik.tu yg akn jdikn kte cantik d mata mnusia,lbih2 lg pd pndangan-Nya.
insya'Allah...
so,skrg korg nk jd cantik ygne satu?cantik muka or cantik hati???
tepuk dada,tnye iman k? ^^,ni skdr luahan pndpt ak je.trpulg pd korg nk trima ataupun x.bkn pe,bnyk ak jmpe,org hnya nk b'kawan or b'kenalan ngn org yg cantik muka je.ble ltak DP yg kiut skit je,mle la nk kenal la.nk taw lbih rapat la.ishh...ak benci sume tu.mgkin ngn org len bole la diorg trmakan puji an,tp ngn ak,sgala pujian2 yg begitu ak xske n mnggelikn.sbb sume tu xikhlas,smata2 mahu m'ayat je.

k la,terlebih sudah...haha,pape pown maaf andai coretan ak kli ni ad yg trkasar n mnyinggung prasaan korg.maaf ssgt..skdr prkongsian pendapat.ak pown xsmpurna,msih bljr utk mnjd yg lbih baik..insya'Allah.