alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang bagiku untuk menyambut Syawal pada tahun ini.sesungguhnya aku bersyukur pada-Mu kerana masih diberi nikmat kehidupan di dunia-Mu yang fana ini,alhamdulillah...
Syawal kali ini aku sambut seperti tahun-tahun yang lepas,bersama-sama family besarku.yup,sangat seronok berkumpul beramai-ramai.meriah dengan gelak tawa,usik-mengusik dan senda gurauan.
ni la keluarga besar aku,ramai kan?bila dah kumpul,itu yang riuh-rendah rumah dibuatnya...
kalau tadi family besar aku,ini pulak family kecil aku.ayah,mak n dua adik aku.
dua-dua adik,tapi dah macam abang n kakak aku je.
and last but not least,my little family.aku n hafiz.insya'Allah...
tiada apa yang lebih menggembirakan aku selain dapat bersama-sama family dan jgk dia.aku harap kegembiraan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat kami.insya'Allah...
sebenarnya ada banyak lagi detik-detik indah yang kami rakam bersama,tapi cukuplah sekadar ini yang mampu aku kongsikan.dan sempena Syawal yang mulia ini,aku menyusun sepuluh jari,memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan-perkataan aku yang menyinggung kalian.sesungguhnya aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
wassalam...