Friday 25 March 2011

Warkah Untukmu... Adam


Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia cinta agung adalah cinta-Nya

Tolong nasihati si dia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Esa
Tolong nasihati si dia jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya

Tolong nasihatkan si dia aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong nasihatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong nasihatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya
Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong dalam setiap kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta suci darinya

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia

Moga di seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh Tuannya..

No comments: